Berita Utama

Gempa bumi sederhana landa Selat Sunda, Indonesia

Dilapor berukuran 5.3 pada skala Richter sekitar 7.27 pagi ini

KUALA LUMPUR, 7 Muharram 1442H, Rabu – Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter berlaku di Selat Sunda, Indonesia pada 7.27 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya menyebut gempa itu berlaku di kedudukan 191 kilometer barat daya dari Bandar Lampung, Indonesia pada kedalaman 72 kilometer.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button