Berita Utama

Kebun haram: Hipokrasi DAP, dulu bantah Jawi kini rayu Agong

Cuba guna bendera Malaysia, gambar Agong halalkan kebun haram

BANGI, 7 Muharram 1442H, Rabu – Gerakan utama Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menyelar sikap hipokrasi parti rasis serta cauvinis, DAP apabila timbul isu di antara pekebun durian di Raub dan syarikat Royal Pahang Durian Group (RPD).

Naib Presidennya, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata, DAP sebelum ini berdemonstrasi menentang kerajaan Pahang dalam penggunaan tulisan Jawi di papan-papan tanda di negeri itu.

“Sebaliknya mereka mengangkat bendera Malaysia dan gambar Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan sokongan bagi menghalalkan projek penanaman ‘musang king’ secara haram di tanah-tanah kerajaan Pahang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam perkongsian Bingo Daily di laman Facebook hari ini, DAP telah mendedahkan isu pencerobohan tanah sebelum menghasut para petani di Raub untuk menentang kerajaan.

Bingo Daily melaporkan Naib Presiden DAP peringkat kebangsaan yang juga Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja mendedahkan bahawa, penebangan hutan bagi penanaman hutan seluas 4400 hektar telah mengakibatkan kerajaan Pahang kerugian RM30 juta cukai tanah.

Sementara itu, Bingo Daily turut melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras dari DAP, Chow Yu Hui berkata, pihaknya akan berbincang dengan RPD berkaitan urusniaga, selain mendakwa bahawa para petani tidak bersetuju dengan syarat dikenakan dalam perjanjian.

Sebelum ini, tindakan syarikat RPD yang didakwa ingin memonopoli hasil durian dikatakan mencetus tentangan pada pekebun durian.

Pekebun mendakwa mereka menduduki tanah kerajaan berkaitan sejak 1970-an menerusi Rancangan Buku Hijau kerajaan Malaysia.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button