Berita Utama

KPM tiada kaitan dengan UPSRx, PT3x

Kementerian pandang serius kerana langgar Akta Pendidikan 1996

BANGI, 7 Muharram 1442H, Rabu – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan tidak mengendali Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Khas (UPSRx) dan Pentaksiran Tingkatan 3 Khas (PT3x) secara dalam talian.

KPM turut menafikan bahawa peperiksaan yang didakwa diadakan pada bulan September dan Oktober itu, dikendalikan Lembaga Peperiksaan serta tiada kaitan dengan pihak kementerian.

Dalam satu kenyataan hari ini, KPM berkata, pada 15 April lalu, pihaknya telah mengumumkan bahawa UPSR dan PT2 bagi tahun 2020 dibatalkan.

“Bagaimanapun, KPM mendapati sebuah portal telah menawarkan peperiksaan UPSRx dan PT3x yang akan diadakan secara dalam talian pada bulan September dan Oktober 2020.

“KPM memandang serius perkara ini kerana melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550),” katanya.

Kementerian itu berkata, pihaknya telah mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang terlibat.

“KPM menasihatkan agar orang ramai, terutama ibu bapa kepada murid Tahun 6 dan Tingkatan 3 merujuk portal rasmi KPM di http://www.moe.gov.my dan portal Lembaga Peperiksaan di http://lp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih mengenai peperiksaan yang dilaksanakan oleh KPM,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button