Berita UtamaDunia

Turki selamatkan 68 pencari suaka dihalau Greece

Istanbul kecam EU, Athens gagal tepati Perjanjian Migran 2016

ANKARA, 7 Muharram 1442H, Rabu – Kerajaan Turki menyelamatkan 68 pencari suaka yang diusir tentera laut Greece ke perairan negara itu di Aegean, lapor agensi berita Anadolu.

Kira-kira 38 daripada mereka diselamatkan dari perahu di pesisri Seferihisar, di wilayah Izmir barat Turki, menurut sumber yang enggan dikenali.

Secara berasingan, 30 pendatang lain diselamatkan dari daerah Foca di Izmir.

Kesemua pencari suaka terbabit dibawa ke pihak berkuasa migran setelah pemeriksaan.

Turki menjadi titik transit utama kepada pencari suaka untuk berhijrah ke Eropah bagi memulakan kehidupan baharu, terutamanya mereka yang melarikan diri dari peperangan dan penindasan.

Awal tahun ini, negara itu memberi peluang kepada pendatang tanpa izin yang ingin berpindah ke Eropah, selain menuduh Kesatuan Eropah (EU) gagal menepati janji di bawah Perjanjian Migran 2016.

Turki berulang kali mengecam tindakan Greece yang menolak kedatangan pencari suaka, dengan mengatakan ia melanggar nilai kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa.

Katanya, tindakan itu juga membahayakan nyawa pendatang asing tanpa izin termasuk wanita dan kanak-kanak. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button