Berita Utama

Ultra kiasu cuba lindungi kejahatan, perbesar isu Khairuddin

Mereka pamer sikap dengki, khianat bila cuba panjangkan polemik

BANGI, 8 Muharram 1442H, Khamis – Ultra kiasu didakwa cuba memperbesarkan isu kuarantin Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali bagi menutup kejahatan serta kebobrokan mereka.

Pemerhati politik, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mendakwa, isu itu dibangkitkan bagi menutup kontroversi nama jalan Cina di Sarawak, tanaman haram Musang King serta rundingan terus RM6.61 bilion.

“Mulanya saya tidak mahu ambil kisah mengenai komen ultra kiasu terhadap Khairuddin kerana kita semua tahu salahnya pada Khairuddin, tetapi bila berpanjangan mesti ada sesuatu.

“Ultra kiasu dah melampau, tidak boleh dibiarkan. Dengki, khianat. Tidak boleh dibiarkan bermaharajalela. Mereka ini sangat jahat dan licik. Saya bukan nak pertahankan Khairudin atau siapa pun yang salah tetap salah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Prof Ridhuan Tee mengingatkan, ultra kiasu yang mempertahankan isu kebun durian haram di Raub bukan hanya dalam Pakatan Harapan (PH) tetapi Perikatan Nasional (PN) pun tidak kurang juga.

“Ingat, senyapnya ultra kiasu dalam PN bukan bermakna mereka menentang tanah haram Musang King. Dalam senyap nanti, sedar-sedar tanah Musang King sudah menjadi hak milik ultra kiasu. Kuasa duit boleh mengubah apa sahaja, percayalah,” katanya.

Beliau turut menempelak tindakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menampal pelekat bertulisan Cina pada papan tanda jalan di sekitar bandar raya Kuching sebelum ini.

“Kita begitu cepat lupa kejahatan pemuda pemudi ultra kiasu ini, sanggup turun ke jalan raya, panjat tiang papan tanda jalan, tampal pelekat nama jalan berbahasa Cina.

“Apa ultra kiasu ini ingat tanah bumi ini, asal usul tanah Cina ke? Tanah Cina berada di negara China. Di sana semua nama jalan dalam bahasa Cina. Tak kisahlah sebab namanya negara China.

“Tetapi negeri ini, namanya Sarawak, tanah Bumiputera. Bahasa Melayu dan bahasa Bumiputera di sana lebih layak untuk didaulatkan. Bukan bahasa kamu, bahasa pendatang,” tegasnya.

Prof Ridhuan Tee menegaskan, tulisan Cina – tulisan pendatang – daripada segi sejarahnya, justeru ultra kiasu tidak ada hak langsung untuk memartabatkan tulisannya.

“Meskipun nama jalan itu dahulunya ada, itu suatu kesilapan yang sudah pun diperbetulkan. Persoalannya, kenapa ultra kiasu begitu berani melakukan perbuatan terkutuk di khalayak? Apa jasa mereka kepada kemerdekaan negara sehingga tulisannya layak dimartabatkan sebagai bahasa kedua?

“Cuba kamu renung sebentar menjelang bukan kemerdekaan ini, apa sumbangan kamu dalam mempertahankan kemerdekaan Sarawak. Saya boleh katakan hampir tiada. Darah Bumiputera gugur ke bumi mempertahankan Sarawak.

“Darah ultra kiasu ada gugurkah walaupun setitik berhadapan dengan penjajah British. Langsung tiadakan? Kenapa? Jawapan mudah, British suka kamu,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button