Berita UtamaDunia

Pejuang Hak Asasi Iran, Narges Mohammadi kembali dipenjarakan

Hukuman dijatuhkan selepas perbicaraan berlangsung 8 minit

PARIS, 21 Jamadilakhir 1443H, Isnin – Mahkamah Iran menjatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun dan lebih 70 sebatan ke atas pejuang hak asasi manusia, Narges Mohammadi, semalam.

Menurut suaminya, Taghi Rahmani menerusi Twitter, hukuman ke atas isterinya dijatuhkan selepas perbicaraan di mahkmah berlangsung selama lapan minit.

Bagaimanapun, Taghi yang kini berada di Perancis berkata, keputusan terperinci hukuman ke atas Narges masih tidak jelas.

Narges telah berulang kali ditahan di penjara dan terbaharu beliau dibebaskan pada Oktober 2020.

Beliau kemudian ditahan semula pada November lalu di Karaj di luar Tehran, semasa menghadiri peringatan untuk seorang lelaki yang terbunuh ketika protes di seluruh negara pada November 2019.

Sebelum penahanan terbaharunya, Narges bekerjasama dengan keluarga lelaki dikatakan dibunuh pasukan keselamatan dalam protes 2019 bagi mencari keadilan untuk mereka.

Amnesty International (Amnesty) mengutuk penahanan ‘sembarangan’ Narges dan menyifatkan wanita tersebut sebagai ‘sasaran semata-mata bagi aktiviti hak asasi manusia yang aman’.

Aktivis mengecam peningkatan penindasan di Iran sejak beberapa bulan lalu, termasuk pemenjaraan pejuang dan penggunaan hukuman mati yang lebih luas. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button