Berita Utama

Bina SJKC: Kecewa! Kenapa anak tirikan sekolah kebangsaan?

Vernakular siap ada kelas ‘aircond’, SK di bandar dewan pun tiada

BANGI, 8 Muharram 1442H, Khamis – Rancangan kerajaan menambah baik dan membina lebih banyak Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina di negara ini, nyata mengecewakan ramai pihak.

Bukan sekadar kecewa dengan rancangan menambah 10 lagi SJKC, keadaan diburukkan dengan lagi dengan status sekolah kebangsaan seperti dianaktirikan kerajaan.

Pengasas Gabungan Peguam Malaysia (MLC), Lukman Sheriff Alias membangkitkan persoalan itu seolah-olah wujud diskriminasi terhadap sekolah kebangsaan.

“Kenapa sekolah kebangsaan yang ‘overcrowded’ tiada siapa kisah pun? Sekolah jenis lain siap ada kelas ‘aircond’, tetapi ada sekolah kebangsan di bandar tak ada dewan pun.

“Anak-anak berjemur tengah panas. Ini tak kira sekolah luar bandar yang daif seperti di Sabah dan Sarawak misalnya.

“Kenapa selalu anak tirikan sekolah kebangsaan. Prioritikan satu sekolah untuk semua,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, akhbar berbahasa Inggeris, The Star melaporkan pujian pertubuhan radikal Cina, Dong Zong terhadap rancangan kerajaan membina lebih banyak SJKC.

Presidennya, Tan Tai Kim berkata, dia menyambut baik pengumuman rancangan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong untuk menambah SJKC, bagi menyelesaikan masalah bilik darjah dan kesesakan lalu lintas.

Akhbar berkenaan yang memetik Sin Chew Daily berkata, rancangan itu dipuji kerana disambung semula selepas ditangguhkan ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button