Berita UtamaDunia

Penembak tragedi Christchurch dihukum penjara seumur hidup

Hakim nilai tindakan suspek sebagai tidak berperikemanusiaan

WELLINGTON, 8 Muharram 1442H, Khamis – Mahkamah New Zealand menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol terhadap lelaki yang menembak mati 51 orang di dua buah masjid di negara itu.

Brenton Tarrant dari Australia sebelumnya mengaku bersalah atas pembunuhan 51 orang, cubaan membunuh 40 orang lagi dan satu tuduhan mengganas.

Hakim menilai tindakannya sebagai tidak berperikemanusiaan dan menyatakan bahawa dia tidak menunjukkan belas kasihan.

Serangan itu, yang disiarkan secara langsung oleh Tarrant mengejutkan dunia.

Susulan tragedi pembunuhan pada bulan Mac tahun lalu itu, New Zealand melaksanakan undang-undang senjata yang lebih ketat.

Perbicaraan berlangsung selama empat hari dan lebih daripada 60 pernyataan mangsa didengari.

Antara ahli keluarga dan mangsa terselamat yang hadir memberi pernyataan di mahkamah.

Pada hari terakhir pernyataan, ayat-ayat al-Quran dibacakan dan foto orang tersayang ditunjukkan ke mahkamah.

Maysoon Salama, yang anaknya mati dalam serangan itu mengatakan, Tarrant menggerunkan seluruh New Zealand dan menyedihkan dunia.

Ibu kepada salah seorang mangsa terkorban, Maysoon Salama.

Sara Qasem, yang ayahnya Abdelfattah Qasem meninggal di Masjid Al Noor berbicara mengenai saat-saat terakhir kehidupan ayahnya, dengan berkata: “Saya ingin tahu jika dia kesakitan, jika dia takut dan apa yang berada di fikirannya di akhir hayatnya. 

“Dan saya berharap lebih dari apa pun di dunia yang saya boleh berada di sana untuk  pegang tangannya dan katakan kepadanya bahawa semuanya akan baik-baik saja. Tetapi saya tidak dapat melakukannya”.

Suspek bagaimanapun memilih untuk berdiam diri di mahkamah sebelum hukuman dikeluarkan hari ini. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button