Berita UtamaDunia

Bahrain buka semula masjid bagi solat Subuh

Solat Jumaat berjemaah masih dilarang kecuali dengan kapasiti terhad

DUBAI, 9 Muharram 1442H, Jumaat – Bahrain membuka semula masjid bagi jemaah menunaikan solat Subuh pada Jumaat, lapor TV Saudi Al-Arabiya.

Bagaimanapun, solat Jumaat akan terus dilarang kecuali dengan kapasiti terhad di masjid Pusat Islam Ahmed Al-Fateh, menurut kenyataan Kementerian Kehakiman, Hal Ehwal Islam dan Wakaf.

“Pembukaan masjid akan berada di bawah pengawasan dan pentadbiran wakaf yang berkaitan dan sesuai dengan keperluan kesihatan,” kata kenyataan itu.

Bahrain melarang ibadat solat di masjid sejak 28 Mei lalu bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Sementara itu, Jordan bekerjasama dengan Bahrain dalam percubaan tahap tiga vaksin COVID-19 yang tidak aktif di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Ini adalah lanjutan percubaan terbaharu oleh G42 Healthcare dan Sinopharm CNBG yang bermula di UAE pada 16 Julai,” kata pejabat media Abu Dubai dalam kenyataan di Twitter, semalam. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button