Berita Utama

COVID-19: Kes kembali 2 angka dengan 10 kes

Sepanjang 24 jam lalu seramai 36 kes telah pulih

KUALA LUMPUR, 9 Muharram 1442H, Jumaat – Kes positif COVID-19 hari ini kembali mencatat dua angka dengan 10 kes iaitu lapan kes import dan dua kes penularan dalam negara berbanding lima kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan sseorang warganegara dan tujuh bukan warganegara iaitu dari India dan Filipina.

“Daripada dua kes penularan dalam negara, satu kes melibatkan warganegara yang dikesan di Kedah daripada saringan bergejala, manakala kes bukan warganegara dikesan di Selangor iaitu kes saringan tahanan pendatang asing tanpa izin di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata ini menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 9,306 kes dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 151 kes.

Katanya selain itu terdapat 36 kes yang telah pulih dengan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 9,030 kes atau 97.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button