Berita Utama

Jangan ulang salah UMNO letak Cina di kawasan Melayu

PAS mesti berani tarbiah UMNO perjuang agama, bangsa, negara

BANGI, 9 Muharram 1442H, Jumaat – Usah ulangi kesilapan UMNO dengan meletakkan calon Cina untuk bertanding di kawasan yang mana penduduknya adalah majoriti orang Melayu, kata Naib Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

Beliau berkata, ini kerana, majoriti kerusi yang diberikan kepada calon Cina untuk ditandingi pada pilihan raya menemui jalan gagal dan jika menang pun ianya adalah hasil ihsan pengundi Melayu.

Beliau turut menyertakan rekod pencapaian MCA dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang ‘disedekahkan’ kepada calon Cina untuk bertanding di 10 kawasan majoriti Melayu.

MCA kalah di Kuantan dengan majoriti 67% Melayu; Alor Setar (64% Melayu); Alor Gajah (61% Melayu); Padang Serai (59% Melayu); Tanjung Malim (56% Melayu); Ampang (56% Melayu); Selayang (53% Melayu) dan Raub (52% Melayu) .

Manakala, parti Cina itu hanya menang di Ayer Hitam (58% Melayu) kerana undi orang Melayu dan juga Tanjung Piai (57% Melayu) yang pada PRU-14 kalah, namun menang PRK juga kerana undi Melayu.

“MCA menang dalam PRK Tanjung Piai dengan ihsan orang Melayu, menjadikan dua orang MP MCA kini berada di Parlimen.

“Biar pun hanya dua kerusi, MCA menjuarai agenda bangsa Cina apabila berjaya mengekal status pendidikan vernakular, bahkan menambah 10 lagi SJKC dan memindahkan 6 lagi ke kawasan yang lebih besar.

“Mendapat posisi utama CEO semua pelabuhan Melaka, Klang dan Pulau Pinang serta pengangkutan udara, dapat sumbangan RM58 juta untuk IPTS MCA, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) serta pengiktirafan UEC,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Namun, kata Prof Zainur Rashid, MCA yang kemenangannya dek kerana sumbangan orang Melayu, sangat lantang menentang pengenalan tulisan Jawi, menolak pemerkasaan undang-undang syariat (untuk umat Islam) dan sebagainya.

“Justeru, kawasan majoriti Melayu mesti ditandingi oleh calon Melayu. Biar MCA bertemu buku dengan ruas dengan DAP di kawasan majoriti Cina.

“Usah ulangi kesilapan UMNO, manakala PAS pula mesti lebih berani bersuara mentarbiah UMNO untuk memperjuangkan agenda agama, bangsa dan negara,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button