Berita UtamaDunia

PM Jepun dijangka umum letak jawatan

Shinzo Abe berperang dengan penyakit kolitis ulseratif

TOKYO, 9 Muharram 1442H, Jumaat – Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dilaporkan mahu meletak jawatan selepas tahap kesihatannya makin memburuk, kata sumber yang dekat dengan seorang pegawai kanan Parti Liberal Demokrat (LDP).

Stesen penyiar NHK sebelum ini mengatakan Abe, yang telah berperang dengan penyakit kolitis ulseratif selama bertahun-tahun, ingin mengelak daripada menimbulkan masalah kepada pemerintahan kerana keadaannya itu.

Abe telah memerangi penyakit kolitis ulseratif selama bertahun-tahun dan ke hospital sebanyak dua kali baru-baru ini dalam masa seminggu sehingga menimbulkan pertanyaan sama ada beliau dapat bekerja hingga akhir tempoh sebagai pemimpin parti pemerintah.

Abe dijadualkan untuk mengadakan sidang akhbar pada jam 5 petang. (0800 GMT)

Laporan itu mencetuskan penurunan harga saham Tokyo dan kenaikan yen.

Ketika berita tersebar, penanda aras Nikkei Jepun .N225 turun 2.12% kepada 22.717.02, sementara Topix .TOPX turun 1.00% kepada 1,599.70.

Pengunduran Abe akan mencetuskan persaingan kepimpinan dalam LDP, yang pemenangnya mesti dipilih secara rasmi di Parlimen. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button