Berita Utama
PM sampaikan amanat khas PKPP 8 malam ini
Pada 7 Jun lepas PKPP diumum bagi ganti PKP bendung COVID-19
KUALA LUMPUR, 9 Muharram 1442H, Jumaat – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas mengenai perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 8 malam ini.
Berdasarkan maklumat daripada Pejabat Perdana Menteri, perutusan itu akan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, TV3 dan Astro Awani.
Pada 7 Jun lepas, Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan PKPP bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat selepas Malaysia berjaya mengekang penularan pandemik COVID-19 di negara ini.
PKPP yang berkuat kuasa pada 10 Jun dijadualkan tamat pada 31 Ogos ini. – Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.