Berita UtamaDunia

676 kes di Lubnan dalam 24 jam

Kes COVID-19 naik selepas letupan besar di pelabuhan Beirut

BEIRUT, 10 Muharram 1442H, Sabtu – Sebanyak 676 jangkitan wabak COVID-19 direkodkan di Lubnan dalam tempoh 24 jam – sekali gus menjadikan angka keseluruhan melepasi 15,000 setakat pagi ini.

Kementerian Kesihatan mengesahkan, jangkitan meningkat sejak letupan besar di pelabuhan Beirut pada 4 Ogos lalu – yang mengorbankan lebih 180 orang, ribuan cedera dan memusnahkan sebahagian besar ibu negara itu.

Sebanyak 5,855 kes atau satu pertiga keseluruhan jangkitan telah didaftarkan dalam masa 10 hari.

Jumlah keseluruhan kes dicatatkan sebanyak 15,613 kes dengan 148 kematian, sejak wabak menular Februari lalu.

Lubnan ketika ini melonggarkan perintah berkurung selepas dikuat kuasakan pada 21 Ogos akibat tekanan daripada sektor perniagaan.

Perintah larangan dilonggarkan semalam, selepas protes daripada sektor swasta termasuk pemilik perkhidmatan serta perniagaan pelancongan yang terkesan akibat ekonomi yang makin merosot.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Hamad Hassan berkata, hospital negara sudah penuh – melebihi tahap keupayaan maksimum untuk merawat pesakit COVID-19 selepas mangsa tragedi letupan mendapatkan rawatan.

Beliau berkata, hospital awam dan swasta mempunyai kapasiti sangat terbatas, baik dari segi katil rawatan di unit rawatan intensif mahupun peralatan pernafasan.

Katanya, keadaan bertambah buruk selepas beberapa hospital Beirut dilanda letupan dan tidak lagi dapat berfungsi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button