Angka korban di Turki tertinggi sejak Mei
Kerajaan larang majlis, perayaan untuk tangani wabak
ISTANBUL, 10 Muharram 1442H, Sabtu – Jumlah kematian harian di Turki akibat COVID-19 meningkat kepada 36 pada hari Jumaat yang mana adalah tahap tertinggi sejak pertengahan Mei.
Sementara jumlah kes baharu setiap hari kembali meningkat melebihi 1,500, menurut data Kementerian Kesihatan.
Minggu ini, tahap kes harian baharu meningkat ke tahap terakhir yang dilihat pada pertengahan Jun, mendorong kerajaan untuk melakukan langkah-langkah bagi memerangi penyebaran wabak itu
Angka Kementerian Kesihatan menunjukkan 1,517 kes baharu semalam, menjadikan jumlah kes 265,515.
Jumlah kematian harian yang tertinggi adalah sejak 17 Mei, iaitu 44 orang. Difahamkan, jumlah kematian di Turki mencecah 6,245.
Memberi respons mengenai peningkatan kes pada minggu ini, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan bahawa semua institusi negara sekarang boleh menerapkan ‘kaedah kerja yang fleksibel’.
Sementara itu Kementerian Dalam Negeri berkata, pihaknya melarang majlis dan perayaan tertentu.