Dunia

Zionis serang Gaza lagi!

Serangan tiga peluru berpandu terkena kawasan pertanian Palestin

GAZA, 4 Rabiulawal 1442H, Rabu – Pesawat perang rejim pengganas Israel melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza – kononnya mahu menyasarkan kubu pejuang Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas). 

Sebaliknya, serangan peluru berpandu rejim negara haram itu terkena dua kawasan pertanian di Khan Younis dan Deir al-Balah. 

Jurucakap tentera Israel, Avichay Adraee mendakwa, serangan yang kononnya menyasarkan terowong milik Hamas itu adalah tindak balas terhadap tembakan roket dari Gaza. 

Beberapa jam sebelum roket ditembak dari Khan Younis, rejim Israel mendakwa telah menemukan sebuah terowong yang melintasi meter dari ke Israel dari Gaza. 

Terdahulu, tentera Israel mendakwa roket yang ditembak dari wilayah Khan Younis telah dipintas oleh sistem pertahanan udara Iron Dome, tanpa menyatakan sama ada menyebabkan korban atau kerosakan. 

Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan roket itu, dan tiada respon dibuat oleh pihak berkuasa Palestin. 

Bahkan, setakat ini tiada laporan kematian dilaporkan daripada kedua-dua serangan berkenaan. –  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button