Berita UtamaDunia

Zionis makin biadab, dalam 2 minggu sahaja 25 bangunan Palestin diroboh

Ada rakyat Palestin terpaksa musnah rumah sendiri kerana takut didenda

BAITULMAQDIS, 10 Muharram 1442H, Sabtu – Kekejaman rejim pengganas Israel tiada kesudahan apabila memusnahkan 25 bangunan milik Palestin hanya dalam dua minggu.

Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) berkata, rejim Zionis memberi alasan kononnya tindakan meroboh bangunan itu disebabkan ketiadaan permit pembinaan.

“15 struktur bangunan ini kecuali dua daripadanya, terletak di Kawasan C Tebing Barat adalah di bawah kawalan ketenteraan Israel sepenuhnya.

“Dua daripada bangunan itu terletak di komuniti Mughayyir Al-Abeed dan A-Fakheit, di daerah Selatan Tebing Barat di Hebron,” kata OCHA.

OCHA turut mendakwa bahawa bangunan berkenaan dimusnahkan kerana terletak berhampiran zon latihan ketenteraan Israel.

Malah, OCHA melaporkan sebanyak enam bangunan penempatan milik rakyat Palestin turut dirobohkan di Kawasan C Al-Isawiya di Baitulmaqdis Timur yang diduduki.

“Lima bangunan di Baitulmaqdis Timur pula dirobohkan oleh pemiliknya sendiri secara terpaksa, bagi mengelak daripada dikenakan denda yang tinggi,” katanya.

Selain tu, pemusnahan terbaharu di Baitulmaqdis Timur yang diduduki menjadikan jumlah bangunan Palestin yang musnah pada tahun ini sebanyak 118 buah.

“Separuh daripadanya dimusnahkan oleh pemiliknya sendiri,” katanya. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button