Berita Utama
29 maut restoran dua tingkat di China runtuh
57 berjaya dikeluarkan termasuk mangsa terkorban dan 4 parah
BEIJING, 11 Muharram 1442H, Ahad – Sekurang-kurangnya 29 maut selepas sebuah restoran di utara China runtuh.
Menurut stesen penyiaran CGTN, bangunan dua tingkat yang digunakan untuk jamuan secara tiba-tiba runtuh di daerah Xiangfen, wilayah Shanxi.
Gambar kejadian menunjukkan anggota penyelamat bertungkus lumus memeriksa timbunan runtuhan bangunan.
CGTN melaporkan 700 orang terbabit dalam usaha menyelamat. Difahamkan 57 berjaya dikeluarkan termasuk mangsa yang terkorban dan empat cedera parah.
Setakat ini, punca kejadian masih belum dikenal pasti. – Agensi
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.