Berita UtamaDunia

Tunjuk perasaan bantah China tindas Uyghur

Etnik Uyghur di kem tahanan tiada jalan keluar untuk pertahan diri

NEW DELHI, 11 Muharram 1442H, Ahad – Tunjuk perasaan besar-besaran diadakan di luar Kelab Akhbar Dhaka, susulan bantahan terhadap kekejaman dan penindasan ke atas umat Islam Uyghur oleh rejim China di wilayah autonomi Xinjiang.

Sebuah forum Pejuang Kebebasan Bangladesh dianjurkan bagi mengenang Hari Penindasan Uyghur 28 Ogos.

Forum itu mendakwa, ramai umat Islam di kebanyakan negara kesal dengan perlakuan tidak berperikemanusiaan Parti Komunis China ke atas etnik Uyghur.

Rejim China dilaporkan telah menahan lebih daripada sejuta umat Islam di kem tahanan.

Organisasi hak asasi manusia, pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pemerintah negara-negara lain sebelum ini telah mendesak China untuk menghentikan tindakan kejam berkenaan.

Bagaimanapun, China membidas desakan itu dan mendakwa umat Islam yang ditempatkan di kem tahanan, yang kononnya digelar sebagai pusat latihan vokasional itu tidak melanggar hak asasi etnik Uyghur.

Rejim China enggan berkongsi maklumat berkaitan kem tahanan serta menghalang pengamal media dan penyiasat asing melakukan pemeriksaan.

Dokumen rejim China yang bocor pada akhir tahun 2019 mendedahkan secara terperinci cara pengawalan dan penyelenggaraan di kem tahanan.

Aktivis hak asasi manusia mendakwa bahawa kebanyakan tahanan di kem itu tidak pernah melakukan sebarang jenayah, selain tidak mempunyai jalan keluar bagi mempertahankan diri masing-masing.

Tahanan di kem berkenaan diharamkan untuk melakukan perjalanan atau berhubung dengan mana-mana individu dari mana-mana 26 negara yang tiada hubungan baik dengan China termasuk Turki dan Afghanistan.

Selain itu, etnik Uyghur juga dilarang menghadiri sebarang aktiviti di masjid, mempunyai lebih daripada tiga orang anak dan menghantar teks yang mengandungi ayat-ayat al-Quran.

Kumpulan hak asasi turut mendakwa, rejim China telah menyifatkan etnik Uyghur sebagai pelampau hanya kerana menjalankan tanggungjawab mereka sebagai muslim. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button