Berita UtamaPendapat

Kembalikan nama asal Tanjong Penaga, Bagan

British berpura-pura risau Melayu tak mampu tadbir negara

APA guna kepuk di ladang,
Kalau tidak berisi padi,
Apa guna keris di pinggang,
Kalau tidak berani mati.

Perahu payang layarnya merah,
Belayar menuju arah utara,
Keris dipegang bersintukkan darah,
Adat pahlawan membela negara.

Memang pahit buah peria,
Makanan orang pergi menjala,
Jikalau mengaku taat setia,
Bersamalah kita pertahan negara.

Assalamualaikum wbt,

Salam ukhwah,
Salam perjuangan,
Salam MERDEKA

Kami di Fort Cornwallis, Georgetown, Pulau Pinang, tempat bermulanya penjajahan British di Tanah Melayu pada 1786.

Tanjong Penaga ialah nama asal Georgetown sebelum tergadai ke tangan penjajah.

Dan sehingga hari ini pun, orang tempatan merujuk kawasn ini sebagai Tanjong apabila hendak ke sini.

Malahan ,nama parlimen turut digunakan Tanjong, bukannya Georgetown.

Begitu juga halnya di Butterworth, nama asalnya ialah Bagan. Parlimen juga menggunakan nama Bagan.

Soalan besarnya ialah, jika di parlimen pun kita boleh gunakan nama asal tempat ini, kenapa di atas peta tidak pula diubah?

Kenapa sayang sangat dengan nama penjajah tu?

Kita rakyat Malaysia kena ingat, sejarah pahit buat Tanah Melayu apabila pulau ini tergadai.

Di ambang kemerdekaan, British memperbodohkan kita apabila kononnya risau orang Melayu tak mampu mentadbir negara sendiri, hatta nak membuat secucuk jarum pun tak reti.

Keparat apakah ini?

Walhal kita telah lama dulu menguasai ilmu besi, lebih 500 tahun sebelum Nabi Isa lahir lagi.

Buktinya boleh disaksikan tak jauh dari Fort Cornwallis ini, iaitu di Sungai Batu, Merbok, Kedah.

Penemuan 12 relau besi, jutaan ‘tuyere’ (alat peniup api) dan jongkong besi telah mengejutkan ramai pihak.

Juga bangunan jeti dan pentadbiran ditemui, membuktikan wujud perdagangan eksport industri besi ketika itu.

HEBAT!

Barangsiapa menguasai ilmu besi, maka dia menguasai dunia.

Sewajarnya kita berbangga dengan kehebatan nenek moyang kita.

Ayuh, angkat dagu, kembangkan dadamu.

Kita angkat kembali sejarah tamadun kita.

Pastinya usaha membangunkan bangsa ini panjang dan berliku.

Kita usahakan juga walau laluannya berliku.

Bermula dengan mengembalikan nama asal tempat-tempat bersejarah di Malaysia ini.

Apapun, kita bagi jadi!

Soufi Anual
Ketua Kempen Kembalikan Nama Asal, Hapus Jejak Penjajah.
JK Gerakan Massa PEMUDA ISMA

#IniNegaraPerjuangan
#KembalikanNamaAsal
#HapusJejakPenjajah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button