Mustapha Adib sedia dilantik jadi PM Lubnan baharu
Hassan Diab letak jawatan selepas tragedi letupan besar di Pelabuhan Beirut
BEIRUT, 12 Muharram 1442H, Isnin – Duta Besar Lubnan ke Jerman, Mustapha Adib bersedia untuk dilantik sebagai Perdana Menteri pada hari ini apabila mendapat sokongan daripada pihak utama untuk membentuk kerajaan baharu.
Lubnan ketika ini menghadapi krisis kewangan yang teruk selepas letupan besar di Pelabuhan Beirut pada 3 Ogos lalu – yang mengorbankan lebih 190 orang.
Pencalonan Mustapha disusuli dengan kenalan Presiden Perancis, Emmanuel Macron sejak dua hari lalu untuk menekan pemimpin Lubnan menyetujui calon, kata dua pegawai kanan, menjelang lawatan pemimpin Perancis ke Lubnan minggu ini.
Sumber presiden Perancis berkata, Macron telah berhubung dengan protagonis utama pada hari Sabtu dan Ahad melalui telefon.
“Presiden diberitahu mengenai rundingan yang sedang berlangsung di Beirut,” kata sumber. Macron tiba di Beirut pada malam Isnin.
Minggu lalu, kenalan antara pemimpin Lubnan pelantikan perdana menteri baharu menemui jalan buntu. Salah satu daripada dua sumber kanan Lubnan berkata, peranan Macron sangat penting dalam mencapai kesepakatan mengenai Mustapha Adib.
Adib memiliki gelaran doktor dalam bidang undang-undang dan sains politik dan sebelumnya pernah menjadi penasihat kepada Najib Mikati iaitu bekas perdana menteri.
Beliau berkhidmat sebagai duta ke Jerman sejak 2013.
Terdahulu, Hassan Diab meletakkan jawatan Perdana Menteri dengan menyalahkan amalan rasuah sebagai punca kepada tragedi letupan dasyat di Pelabuhan Beirut. – Agensi