Berita Utama

Letupan Beirut: 2 pengarah, 3 pekerja Syria ditangkap

Pemerhati jangka berlaku kebakaran awal ketika penyelenggaraan

BEIRUT, 13 Muharram 1442H, Selasa – Lima lagi individu ditangkap bagi membantu siasatan ke atas insiden letupan dasyat di Pelabuhan Beirut pada 4 Ogos lalu, yang telah memusnahkan bandar, membunuh hampir 200 nyawa dan mencederakan ribuan yang lain. 

Penahanan lima individu semalam turut membabitkan Pengarah Pengangkutan Darat dan Maritim, Abdel Hafiz Kaissi dan Pengarah Pelabuhan, Mohammed Al-Mawla. 

Selain dua pegawai tertinggi itu, turut ditangkap tiga pekerja warganegara Syria yang bertugas menyelenggara gudang pelabuhan 12 jam sebelum letupan. 

Walaupun punca percikan api yang menyala pada ammonium nitrat masih belum diketahui, pemerhati mengemukakan teori kemungkinan ianya berlaku ketika penyelenggaraan sehingga menyebabkan kebakaran awal. 

Setakat ini, jumlah tangkapan yang dibuat hasil daripada siasatan adalah seramai 21 orang, setelah dua minggu siasatan dilakukan. 

Penangkapan itu antaranya membabitkan Ketua Pengarah Kastam Beirut, Badri Daher dan Ketua Pengarah Pelabuhan Beirut, Hassan Qureitam. 

Kedua-duanya ditahan di rumah masing-masing beberapa hari selepas insiden letupan berkenaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button