Berita Utama

Abdul Hadi orang pertama tandatangan SD sokong Muhyiddin

Tindakan disusuli rakan daripada parti dalam gabungan PN lain

KUALA LUMPUR, 13 Muharram 1442H, Selasa – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan ahli parlimen pertama yang menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Perkara itu didedahkan Muhyiddin dalam ucapannya pada Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) hari ini.

Beliau berkata tindakan Abdul Hadi itu disusuli rakan daripada parti dalam gabungan PN yang lain semasa majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Februari lalu.

“Mereka telah dijemput oleh Al-Sultan Abdullah ke istana (Istana Negara) untuk tandatangan SD dan saya nak bagi tahu SD pertama yang dibuat adalah daripada Haji (Abdul) Hadi sendiri.

“Orang lain belum buat (SD) dia dah buat dulu. Letak nama saya dalam kertas SD pertama,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button