Berita Utama

COVID-19: Satu kematian dicatatkan hari ini

Dr Noor Hisham turut maklum terdapat 14 kes baharu dilaporkan

PUTRAJAYA, 13 Muharram 1442H, Selasa – Jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 di negara meningkat kepada 128 kes, mewakili 1.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes apabila satu lagi kematian direkodkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kematian itu melibatkan wanita warganegara berusia 80 tahun yang merupakan antara kes positif dilaporkan pada 15 Ogos dalam Kluster Tawar serta mempunyai latar belakang penyakit barah paru-paru dan darah tinggi.

“Beliau mula mengalami gejala demam dan sakit dada sejak 6 Ogos dan telah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan. Pada 14 Ogos, beliau dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang setelah didapati positif COVID-19.

“Keadaan kesihatan beliau merosot dengan komplikasi daripada penyakit barah justeru memerlukan bantuan pernafasan sejak 24 Ogos. Beliau disahkan meninggal dunia pada 1 Sept pukul 10.38 pagi,” katanya dalam sidang media perkembangan terkini COVID-19 hari ini.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat 14 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,354 kes. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close