Berita UtamaDunia

COVID-19: 49 kes di Singapura

Dua daripada 3 kes dalam komuniti babitkan pemegang pas kerja

SINGAPURA, 14 Muharram 1442H, Rabu  – Singapura melaporkan 49 kes baharu COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan virus itu di republik berkenaan kepada 56,901.

“Berdasarkan siasatan kami setakat ini, terdapat tiga kes dalam komuniti, satunya melibatkan warga Singapura dan dua pemegang pas kerja,” menurut Kementerian Kesihatan republik itu dalam data ringkas yang dikeluarkan di sini.

Kementerian itu memaklumkan bahawa terdapat tiga kes import yang semuanya telah diberikan Notis Tinggal di Rumah atau diasingkan semasa tiba di Singapura.

Dalam data lengkap yang dikeluarkan lewat semalam, republik itu telah mengklasifikasikan 910 kes yang dilaporkan sebagai diimport, 2,241 sebagai kes komuniti dan 53,701 melibatkan penghuni asrama.

Sebanyak 55,749 pesakit telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan virus itu dan dibenarkan keluar dari hospital atau kemudahan penjagaan komuniti.

Sementara itu, 86 kes yang disahkan masih menerima rawatan di hospital, namun tiada yang ditempatkan di unit rawatan rapi.

Sebanyak 990 pesakit yang mempunyai gejala ringan atau sihat secara klinikal tetapi masih diuji positif bagi COVID-19, telah diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti.

Sehingga kini, 27 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19 di republik itu.

Tiada kluster baharu yang dikenal pasti semalam. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button