Berita UtamaDunia

Kuwait larang Israel lalu ruang udara

‘Kuwait negara terakhir normalkan hubungan dengan Tel Aviv’

DUBAI, 14 Muharram 1442H, Rabu – Kerajaan Kuwait tidak membenarkan pesawat Israel yang menuju ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) melalui ruang angkasanya, lapor Quds Press.

Akhbar Kuwait Al Qabas melaporkan bahawa pemerintah mengarahkan supaya sebarang penerbangan dari negara haram itu ke UAE tidak boleh melalui Kuwait.

Sementara itu, sumber-sumber berkenaan turut melaporkan Israel dan UAE akan menggunakan alternatif dengan melalui negara lain.

Al Qabas berkata, sumber-sumber yang melaporkan bahawa Kuwait membenarkan penerbangan Israel melalui negara itu adalah palsu.

“Kuwait akan menjadi negara terakhir yang menormalkan hubungan dengan Israel,” kata Al Qabas memetik salah satu sumber pada minggu ini.

Isnin lalu, pesawat Israel pertama telah mendarat di Abu Dhabi setelah berlepas dari Tel Aviv melalui ruang udara Saudi – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button