Berita UtamaDunia

VIDEO | Askar Israel tindih leher warga Palestin guna lutut

Gabenor Tulkarm sertai tunjuk perasaan bantah rampasan tanah

TEBING BARAT, 14 Muharram 1442H, Rabu – Sebuah rakaman video yang memaparkan kebiadaban pengganas Israel di Tebing Barat yang dijajah menjadi tular – menunjukkan askar rejim itu secara kejam menindih leher seorang lelaki Palestin berusia 65 tahun ketika tunjuk perasaan diadakan berhampiran bandar Tulkarm, semalam.

Video itu menunjukkan askar Israel menolak dan mengheret lelaki warga emas, Khairi Hannoun ke tanah, sebelum menahan menggunakan lutut serta mengikat tangannya dalam keadaan terbaring. 

Puluhan penunjuk perasaan juga cedera dalam pertempuran di Tulkarm pada hari Selasa, dengan pasukan Israel menembakkan gas pemedih mata dan peluru hidup untuk menghalau para penunjuk perasaan.

Tunjuk perasaan itu bertentangan dengan rancangan rejim Israel untuk membina penempatan haram baru di sejumlah kampung Palestin berhampiran bandar Tebing Barat utara.

Gabenor Tulkarm, Issam Abu Bakr, yang turut serta dalam tunjuk perasaan itu, mengatakan demonstrasi akan berlanjutan sehingga projek tersebut yang merupakan ancaman kepada Tulkarm, dihentikan.

Kira-kira 600,000 orang Israel tinggal di lebih daripada 230 penempatan haram yang dibina sejak penjajahan 1967 di wilayah Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Israel tetap meneruskan mengambil alih tanah Palestin untuk pengembangan penempatan haramnya.

Rancangan itu ditolak oleh semua rakyat Palestin. Tindakan itu juga telah mencetuskan gelombang demonstrasi di seluruh dunia. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button