Berita UtamaPendapat

Pemuda PAS perlu nilai kembali pendirian berkenaan vernakular

Mereka seharusnya perjuang usaha mansuh sekolah vernakular

PENDIRIAN PAS untuk tidak memansuhkan sekolah vernakular amat mengecewakan.

Hal ini kerana PAS seperti tidak memandang serius kesan pelaksanaan sekolah vernakular sejak berdekad-dekad lamanya.

1. Alasan Pemuda PAS untuk sekadar memperkukuh subjek Bahasa Melayu di sekolah vernakular dan tidak perlu dimansuhkan kerana “apa yang sedia ada dikekalkan sahaja” adalah kenyataan sambil lewa yang tidak mengambil kira pandangan pakar-pakar, ahli akademik, badan-badan bukan kerajaan (NGO-NGO) dan rakyat.

2. Pemuda PAS seharusnya mempunyai peluang lebih besar untuk memperjuangkan sistem pendidikan kebangsaan yang lebih proaktif dalam usaha memansuhkan sekolah vernakular.

Persoalan disini, apakah sebab utama sistem sekolah vernakular ini tidak dimansuhkan?

Apakah terdapat kepentingan yang dijaga oleh Pemuda PAS apabila sistem sekolah vernakular kekal dilaksanakan?

3. Janganlah dipolitikkan sistem pendidikan dan janganlah juga isu ini dikaitkan dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) mahupun Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Hak keistimewaan ini adalah antara saki baki hak keistimewaan yang masih dimiliki oleh Melayu dan Bumiputera setelah banyak hak yang dikorbankan demi meraikan kepelbagaian kaum di Malaysia.

4. Kelab Mahasiswa BERJASA (WIBAWA) menyokong seluruh rakyat yang mendesak untuk memansuhkan sistem sekolah vernakular.

Isu pemansuhan sekolah vernakular ini tidak mempunyai sebarang polemik politik.

Sekolah vernakular telah mengasingkan masyarakat kita mengikut kaum sejak kecil hingga ke sekolah menengah.

5. WIBAWA tidak menyangkal hak setiap kaum mahu pun agama untuk mengamalkan kebudayaan dan agama masing-masing kerana hak tersebut telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Walau bagaimanapun, sistem sekolah vernakular telah menyalahi Perlembagaan Persekutuan dan perlu dimansuhkan demi kepentingan perpaduan serta menjaga kedaulatan Perlembagaan Persekutuan dan dasar-dasar negara.

6. WIBAWA menyokong penuh seluruh rakyat yang menegaskan mengenai pemansuhan sekolah vernakular, yang menjadi tapak menanam semangat cauvinisme dalam kalangan penuntutnya perlu dimansuhkan segera.

Ayuh mahasiswa bersama WIBAWA memperjuangkan perpaduan, dan kedaulatan Perlembagaan Persekutuan serta dasar-dasar negara.

Jangan biarkan mereka menyerang Perlembagaan Malaysia dan akhirnya kita mengemis di tanah sendiri. Ini watan kita! Ini hak kita!

Ain Sahadon
Ketua Unit Kajian dan Infomasi
Kelab Mahasiswa BERJASA (WIBAWA)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button