Berita UtamaDunia

Menteri Israel desak perkampungan di Palestin dihapuskan

Ratusan rakyat Palestin cedera diserang penceroboh haram

TEL AVIV, 9 Syaaban 1444H, Khamis – Seorang menteri kanan rejim Israel menggesa  supaya perkampungan Huwara di Palestin dimusnahkan, beberapa hari selepas penceroboh haram mengamuk di kampung berhampiran Nablus, Tebing Barat yang diduduki.

“Saya rasa Huwara perlu dihapuskan,” kata Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich, sambil menambah Israel harus melakukannya, lapor media.

Pada malam Ahad, ratusan penceroboh haram Israel bersenjata menyerang Huwara dan kampung berhampiran serta membakar berpuluh-puluh rumah dan kereta.  

Mereka berang dengan pembunuhan dua saudara Israel oleh seorang lelaki bersenjata  di Huwara.

Seorang rakyat Palestin terbunuh dan sekurang-kurangnya 390 cedera dalam serangan itu – media Palestin melaporkan tikaman dan serangan dilakukan menggunakan batang logam dan batu.

Tentera Israel sering membiarkan serbuan peneroka serta tidak menghalangnya dan jarang mendakwa pelaku.

Serangan terhadap rakyat Palestin telah meningkat sejak akhir Disember 2022, apabila Benjamin Netanyahu kembali berkuasa sebagai Perdana Menteri.

Tentera Israel telah melakukan tiga serbuan besar-besaran di bandar Palestin sejak Kabinet baharu Israel mula berkhidmat pada penghujung tahun lalu.

Ia termasuk satu di Nablus akhir bulan lalu, yang membawa kepada angka kematian terbesar Palestin dalam satu operasi ketenteraan Israel sejak 2005.

Perdana Menteri, Palestin Mohammad Shtayyeh menggesa ‘campur tangan antarabangsa’ terhadap jenayah Israel. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button