Berita UtamaPendapat

3 penyakit para Islamis ketika lakukan dakwah, tarbiah

Penyakit tersebut adalah sombong, selesa serta suka bertangguh

ADA tiga penyakit manusia yang turut menjangkiti para Islamis yang melakukan dakwah dan tarbiah, malah menjadi qudwah (contoh) kepada masyarakat umum.

Sombong, selesa dan suka bertangguh

Sombong dan suka memandang rendah orang lain adalah sikap syaitan yang amat merbahaya. Ia memakan diri sendiri dan menyebabkan orang lain menjauhi kita

Selesa pula merupakan sikap penghalang kemajuan dan perubahan sikap yang sangat ampuh. Rasa dah sangat hebat, dah cukup menyumbang dan dah lama bergelumang menyebabkan diri rasa tiada apa lagi yang perlu ditambahbaik. Orang sebegini akan mati dalam kejumudan diri dan rasa takut untuk melakukan eksplorasi

Manakala perangai suka bertangguh pula menyebabkan seseorang itu sentiasa lewat, terlepas peluang keemasan, hidupnya tidak tersusun dan menyusahkan orang lain

Semoga Allah SWT mengelakkan dan merawati kita dari tiga sifat negatif ini

Ir Ts Lukman Al Hakim
Kluster Tarbiyah ISMA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button