Berita UtamaDunia

COVID-19: Penularan wabak di Gaza pada tahap sensitif

Perlukan jumlah pergerakan terhad, langkah pencegahan ketat

BAITULMAQDIS, 15 Muharram 1442H, Khamis – Kementerian Kesihatan Semenanjung Gaza mengumumkan mengesan kes baharu COVID-19 di Gaza dalam tempoh 24 jam terakhir.

Menurut kementerian, jumlah jangkitan aktif ketika ini adalah sebanyak 402 kes, menjadikannya tertinggi sejak wabak itu melanda wilayah berkenaan.

Kementerian Kesihatan dan pihak keselamatan terus bertindak mengenakan perintah berkurung di beberapa bangunan, selain mengarahkan individu di kawasan terbabit untuk dikuarantin bagi mengelakkan penularan wabak.

Kementerian pada Selasa menerima alat peranti bagi 20,000 penduduk mengadakan ujian saringan berharga AS$150,000 – disokong oleh Jawantankuasa Qatar untuk pembangunan semula Gaza.

Kementerian berkata, penularan wabak ketika ini adalah pada tahap sensitif, yang memerlukan jumlah pergerakan terhad dan dengan langkah pencegahan yang ketat. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button