Berita Utama

‘Dasar tidak boleh beri hadiah’ sukar diamalkan: SPRM

Di dalam budaya masyarakat kita, tidak wujud dasar seperti itu

PUTRAJAYA, 15 Muharram 1442H, Khamis – “Dasar tidak boleh beri hadiah” sukar dilaksanakan di Malaysia walaupun ia telah diterima pakai oleh organisasi tertentu, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil.

“Dalam budaya kita, tidak wujud ‘dasar tidak boleh beri hadiah’. Sebagai contoh, mereka kata “dasar tidak boleh beri hadiah’ (dilaksanakan) tetapi masih beri hadiah korporat. Ini bermakna ‘dasar tidak boleh beri hadiah’ tidak dapat dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Pencegahan Rasuah Malaysia di sini, hari ini.

Sebaliknya, beliau berkata sepatutnya ada “dasar beri hadiah” dengan menyediakan garis panduan tentang jenis hadiah yang boleh diterima.

“Sepatutnya ada dasar beri hadiah tentang apa yang boleh diterima atau jenis dan jumlah wang yang boleh diberikan. Sebab itu kenapa perlu ada garis panduan mengenai pembiayaan politik supaya ia tidak dimasukkan ke dalam akaun peribadi,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button