Berita UtamaDunia

Krisis kebuluran depani 2.2 juta rakyat Syria

Harga makanan naik, COVID-19, perang saudara punca penderitaan

BRASILIA, 15 Muharram 1442H, Khamis – Program Makanan Sedunia (WFP) semalam memberi amaran lebih 2.2 juta rakyat Syria akan mengalami kebuluran dan kemiskinan tanpa bantuan segera.

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu dalam ciapan di laman Twitter berkata, seramai 9.3 juta penduduk di Syria tidak mendapat bekalan makanan berikutan kenaikan harga dan penularan wabak COVID-19.

Perkara itu memberi kebimbangan sekiranya jumlah individu yang menderita kebuluran akan meningkat akibat krisis ekonomi yang parah, ditambah pula dengan kenaikan harga bahan makanan yang ketara.

Menurut organisasi itu, harga makanan meningkat 107 peratus pada April tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.

Kenaikan harga barang itu juga disebabkan oleh krisis ekonomi di negara jiran Lubnan dan penularan wabak coronavirus.

Majoriti rakyat Syria hidup di bawah garis kemiskinan disebabkan krisis ekonomi yang berpunca daripada perang saudara di negara itu.

Tindakan Amerika Syarikat (AS) dan Negara-negara Kesatuan Eropah (EU yang campur tangan di Syria menjadikan situasi bertambah teruk. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button