Berita UtamaIstimewa

Isu kebun durian: Netizen Cina kutuk Melayu, kata patut tinggal dalam gua

PEMBELA syor tanah kebun di Raub dijadikan Tanah Rizab Melayu

BANGI, 16 Muharram 1442H, Jumaat – Melampau! Selepas mengeluarkan komen berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong sebelum ini, netizen Cina sekali lagi sengaja mencetuskan perbalahan antara kaum.

Terbaharu, petikan sidang media Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang disiarkan portal liberal versi Cina, menjadi medium segelintir netizen Cina mengeluarkan komen menghina orang Melayu.

Dalam petikan itu, Naib Pengerusi PEMBELA, Ustaz Masridzi Sat menyatakan kebimbangannya terhadap nasib generasi Melayu yang akan datang, sekiranya tanah milik kerajaan sewenang-wenangnya diberikan kepada kaum lain.

Kenyataan Masridzi itu susulan daripada sidang media PEMBELA pada Rabu lalu, mengenai isu pencerobohan tanah kerajaan negeri oleh pengusaha kebun durian di Raub, Pahang – yang diusahakan secara haram. 

“Apa yang kita paling risau ialah anak cucu kita nanti tidak tahu nak tinggal di mana, tempat tinggal mereka dikelilingi tanah yang diduduki orang lain,” kata Masridzi.

Ternyata kebimbangan Masridzi itu diperlekehkan oleh netizen Cina di ruangan komen portal berkenaan.

“Melihat dari rupa kamu seperti kepala babi, tempat tinggal asal kamu orang liar ialah di dalam gua,” tulis Teo Kwang Hool.

“Jangan terperanjat, masih ada tempat di dalam gua,” tulis Mathieu Choong.

Pemilik akaun Tony Khor yang melabelkan PEMBELA sebagai pertubuhan sampah pula berkata, bahawa bandar besar tidak sesuai untuk orang Melayu.

“Mereka lebih sesuai tinggal dalam gua,” kata Hewbert Cheow.

“Memang itulah tempat tinggal asal mereka, tapi berkeras juga nak keluar tinggal di bandar,” kata Ethan Kok Wai Tan.

“Jangan risau anak cucu kamu dalam punggung,” tulis Anthony Cheah.

“Betullah macam ni, bukit yang berdurian di sebelah hutan, anak cucu kamu nanti ditakdirkan tidur dalam hutan, lama-lama tumbuh bulu seluruh badan. Kemudian tumbuh tangan lebih panjang boleh gayut sana-sini atas pokok,” kata BF Lol.

Dalam sidang media lalu, PEMBELA mengesyorkan supaya tanah seluas 4,400 hektar yang diceroboh secara haram di Raub, wajar dijadikan Tanah Rizab Melayu.

Syor itu sebagai menyelesaikan pertikaian antara kerajaan negeri Pahang dengan pekebun durian secara haram di atas kawasan tanah kerajaan dan hutan simpan.

Pencerobohan itu menyebabkan kerajaan negeri mengalami kerugian kira-kira RM30 juta dalam tempoh 10 tahun akibat kehilangan hasil cukai tanah dari kebun haram dan kawasan hutan simpan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button