Berita UtamaDunia

83,341 kes baharu di India dalam 24 jam

Jumlah kematian akibat COVID-19 kini sebanyak 68,472

NEW DELHI, 16 Muharram 1442H, Jumaat – Jumlah individu yang dijangkiti COVID-19 di India meningkat melebihi 80,000 kes, sekali gus muncul sebagai negara ketiga paling terkesan selepas Brazil.

Pertambahan sebanyak 83,341 kes dalam tempoh 24 jam terakhir turut menjadikan jumlah kes keseluruhan di negara itu sebanyak 3.9 juta jangkitan.

Kementerian Kesihatan India pada hari ini juga melaporkan, sebanyak 1,096 kematian baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kematian akibat COVID-19 di negara itu sebanyak 68,472.

Pada bulan Ogos sahaja, penularan wabak itu meningkat hampir 2 juta kes di India.

Pune, Mumbai, New Delhi dan Chennai adalah bandar paling teruk terjejas, namun kes-kes baharu turut meningkat di kawasan luar bandar di Uttar Pradesh dan Bihar.

Negara yang diduduki sebanyak 1.4 bilion orang itu hanya mengenakan perintah berkurung di kawasan, di mana yang ramai terkena jangkitan COVID-19.

Orang ramai yang mengerumuni pasar dan tempat awam yang berpotensi berlaku penularan wabak, kebanyakannya tidak mengambil langkah keselamatan seperti memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal.

Setiausaha Kementerian Kesihatan Rajesh Bhushan berkata, ujian saringan dan prosedur keselamatan tetap dijalankan meskipun sekatan ketika ini dilonggarkan.

Sektor ekonomi India menyusut 23.9 peratus pada suku April hingga Jun, prestasi terburuk dalam tempoh 24 tahun. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button