KUALA LUMPUR, 16 Muharram 1442H, Jumaat – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun satu sen, manakala diesel tidak berubah bagi tempoh 5 hingga 11 September.
Menurut Kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan kepada harga mingguan runcit bagi produk petroleum menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baru seliter bagi RON95 ialah RM1.71, RON97 (RM2.01) dan diesel (RM1.78)
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya kenyataan tersebut. -Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.