Berita Utama

Mansuh sekolah vernakular, bukan suruh roboh

Tambah baik sistem vernakular takkan selesai masalah perpaduan

BANGI, 16 Muharram 1442H, Jumaat – Desakan supaya memansuhkan sekolah vernakular – yang didakwa bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan – bukan bermakna merobohkan sekolah atau bangunan yang dibina.

“Apa yang kita mahu ialah sistem sekolah-sekolah vernakular yang ada dimansuhkan, dijadikan sekolah yang mengikut sistem tunggal pendidikan kebangsaan, iaitu sekolah kebangsaan.

“Bukannya tambah baik sistem vernakular yang sedia ada, kerana itu tidak menyelesaikan masalah perpaduan pun.

“Tiada siapa mahu robohkan sekolah vernakular seperti yang didakwa. Kena faham maksud,” kata Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menerusi satu kenyataan di Facebook.

Terdahulu, media melaporkan Ketua Pemuda PAS, Ir Khairil Nizam Khirudin menyokong supaya sekolah vernakular terus dibuka tetapi berharap pendidikannya diperbaiki lagi.

Dakwanya, pendirian beliau dan sayap Pemuda PAS mengenai isu sekolah vernakular tidak berubah sejak dua tahun lalu.

“Sekolah vernakular? Biarlah dia buka. Cuma kita perlu memperkasakan kualiti pendidikan kebangsaan dan kemenjadian murid di dalam sekolah vernakular.

“Yang sedia ada tu sedia ada la, takkan kita nak roboh?

“Sebab itu pada pendapat pemuda PAS, sekolah-sekolah ini perlu mengadaptasi kualiti sistem pendidikan negara dan sekiranya perlu diperkasakan lagi, silakan. Kita serahkan kepada profesor-profesor atau golongan bijaksana yang boleh memperkasakannya,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button