Berita UtamaPendapat

Vernakular: UMNO, PAS dipermainkan

Kuasai bahasa ibunda alasan utama Cina, India pertahan vernakular

JIKA mahu menguasai bahasa kebangsaan, murid-murid Cina dan India perlu belajar di sekolah kebangsaan.

Hal ini kerana persekitaran sekolah kebangsaan banyak membantu mereka untuk menguasai bahasa kebangsaan.

Saya pernah mempunyai pengalaman bergaul dan berkawan dengan kawan-kawan Cina dan India ketika berada di sekolah rendah.

Ketika di darjah tiga, selain Cina dan India, saya juga ada kawan beragama Sikh.

Mereka semua fasih berbahasa kebangsaan kerana mereka belajar dalam persekitaran sekolah kebangsaan, dan kami murid-murid Melayu adalah sebahagian daripada persekitaran yang membantu.

Oleh itu, cadangan untuk memperkasakan bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid Cina, dengan membiarkan mereka berada dalam persekitaran sekolah vernakular, adalah cadangan songsang dan tidak jujur.

Salah satu alasan utama orang Cina dan India mempertahankan sekolah vernakular ialah penguasaan bahasa ibunda.

Sebenarnya, mempelajari bahasa ibunda tidak perlu sehingga pengasingan sekolah.

Boleh sahaja diwujudkan subjek bahasa ibunda masing-masing di sekolah kebangsaan.

Soal persekitaran yang membantu penguasaan bahasa ibunda tidak timbul, kerana selain bahasa ibunda ialah bahasa pertuturan harian di rumah, pemansuhan sekolah vernakular akan meningkatkan bilangan murid Cina dan India di sekolah kebangsaan, selain guru-guru.

Logik mudah ini tidak sukar untuk difahami.

Namun parti-parti politik dan pihak-pihak berkepentingan seperti Dong Zong hanya memikirkan kepentingan masing-masing dan melupakan kepentingan negara.

Pendidikan ialah wahana untuk memupuk perpaduan nasional. Kepentingan negara ini sepatutnya diutamakan.

Tetapi selepas puluhan tahun merdeka, ternyata watan ini belum benar-benar merdeka kehendak dan aspirasi nasional sering diketepikan.

Ini kerana pemimpin politik kita sebenarnya terpaksa tunduk pada kehendak kaum Cina, kerana kuasa wang menentukan hampir semua pendirian pemimpin politik negara kita.

Kita perlukan pemimpin politik yang bermaruah dan berprinsip, bukan seperti lalang menurut kehendak kapitalis.

Pemimpin MCA dan DAP memainkan kad ugutan berkaitan isu vernakular ini, manakala pemimpin Melayu pula asyik mahu memenangi hati kaum Cina dan India.

Pemimpin Melayu dipermainkan, sejak dulu, kini dan selamanya, kecuali jika kita menggunakan kuasa undi untuk menyekat perkara ini daripada berterusan.

Menebus kemerdekaan watan ini tidak mudah, begitulah melepaskan tengkuk ahli politik Melayu daripada cengkaman kapitalis ultra kiasu.

Jika tidak sanggup menanggung risiko perjuangan, mengurung diri di rumah lebih baik daripada memikul tugas sebagai pemimpin politik.

Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman
Naib Presiden BERJASA

Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak ada kaitan dengan Ismaweb.net atau Media Isma Sdn Bhd.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close