Berita Utama

LUAS nafi keluar kenyataan 4 loji air beroperasi semula

Tindakan penyebaran mesej palsu mengelirukan orang awam

KUALA LUMPUR, 17 Muharram 1442H, Sabtu – Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menafikan penyebaran mesej yang mendakwa loji pembersihan air (LPA) SSP1, SSP2, SSP3 dan Rantau Panjang akan mula beroperasi semula pada 8 malam semalam.

Kenyataan LUAS menyebut mesej tular yang memaklumkan bahawa pencemaran di kawasan Sungai Gong telah selesai sepenuhnya itu adalah palsu.

“Tindakan penyebaran mesej palsu itu mengelirukan orang awam memandangkan insiden pencemaran ini telah memberi kesan dari segi gangguan bekalan air kepada pengguna.

“Sebarang berita yang tersebar melalui mana-mana aplikasi mesej atau media sosial berkaitan keputusan pemantauan bau oleh pihak LUAS tanpa kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh LUAS yang dimuat naik oleh LUAS ke portal rasmi mahupun laman Facebook, Instagram dan Twitter rasmi LUAS adalah tidak benar,” katanya.

Menurut kenyataan itu, LUAS bersama pihak yang terlibat sedang bertungkus-lumus melaksanakan pemantauan dan langkah-langkah mitigasi pencemaran. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button