Berita UtamaDunia

Junta pecat 557 doktor kerana sertai gerakan tentang kerajaan

Pakar perubatan berkurangan, banyak hospital tak dapat operasi

MANDALAY, 7 Rabiulakhir 1444H, Rabu – Kementerian Kesihatan Myanmar memecat 557 doktor yang meninggalkan tugas hakiki apabila menyertai bantahan terhadap kerajaan yang membatalkan lesen perubatan kumpulan berkenaan.

Tindakan itu sekali gus menyebabkan tenaga profesional perubatan di negara pimpinan junta itu kini berkurangan, lapor media rasmi.

Mogok yang turut disertai penjawat awam lain di seluruh Myanmar itu dikenali sebagai ‘Gerakan ketidaktaatan Awam’ atau CDM – menentang kerajaan Junta yang mengambil alih pentadbiran dalam rampasan kuasa Februari lalu.

Seorang doktor yang bersembunyi selama lebih setahun selepas junta mengeluarkan waran tangkap di atas tuduhan menghasut memberitahu, dia dan kakitangan lain tidak berniat untuk menamatkan komitmen meskipun lesen perubatan mereka digantung.

“Kami tahu junta akan bertindak seperti ini dengan menggantung lesen perubatan,” katanya sambil menambah hanya mengetahui penggantungan lesen perubatan itu selepas dimaklumkan rakan-rakanya.

Kumpulan pertama pasukan doktor yang menyertai Gerakan Ketidaktaatan Awam berlaku sehari selepas rampasan kuasa, dilaporkan banyak hospital dan klinik yang dikendalikan junta tidak dapat berfungsi.

Keadaan mendesak tersebut mendorong junta melonggarkan syarat-syarat kemasukan ke sekolah perubatan, tahun ini. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button