Berita Utama

Cemari air sungai ibarat cubaan membunuh

Kementerian Wilayah Persejutuan janji pinda perundang lebih berat

BANGI, 17 Muharram 1442H, Sabtu – Pihak yang didakwa mencemari air sungai diibaratkan sebagai cubaan untuk meracun atau membunuh.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, apatah lagi ia merupakan kes berulang yang wajar dikenakan hukuman berat lagi setimpal.

“Pihak yang sengaja mencemari punca air termasuk sungai dan empangan, ibarat percubaan meracun dan membunuh. Apa lagi kes berulang.

“Kita pinda undang-undang supaya hukuman berat dikenakan,” katanya dalam ciapan di akaun Twitter beliau, hari ini.

Annuar berkata, masalah gangguan bekalan air yang kerap berlaku di ibu negara begitu membimbangkan.

Beliau berharap satu pelan jangka panjang dibentuk bagi memastikan masalah sama tidak berulang kembali pada masa hadapan.

“Satu penyelesaian jangka panjang perlu dicari termasuk Wilayah Persekutuan mempunyai perbadanan air sendiri serta membina sistem back up atau alternatif bekalan untuk jangka panjang.

“Tindakan ke arah itu perlu segera diterokai,” katanya lagi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button