Dunia

Jutaan terjejas akibat banjir, Sudan isytihar darurat 3 bulan

Angka korban kini meningkat kepada 99 orang, 100,000 rumah musnah

KHARTOUM, 17 Muharram 1442H, Sabtu – Sudan mengisytiharkan perintah darurat selama tiga bulan di seluruh negara, berikutan banjir besar yang dijangka berterusan, menurut pegawai. 

Perintah darurat itu diputuskan Majlis Keselamatan dan Pertahanan Sudan selepas jumlah korban akibat banjir meningkat kepada 99 orang, kata Menteri Buruh dan Pembangunan Sosial, Lina Alshiekh selepas mesyuarat tergempar hari ini.

Pihak berkuasa negara itu menetapkan Sudan sebagai zon bencana alam, lapor agensi berita negeri, SUNA. 

Alshiekh berkata, dianggarkan setengah juta orang terjejas akibat banjir itu, sementara 100,000 kediaman musnah dan rosak. 

Banjir itu adalah yang terburuk melanda Sudan sejak 1946, dan dijangka berterusan memandangkan hujan lebat tidak berhenti di kebanyakan kawasan.

Majlis Keselamatan turut memutuskan pembentukan jawatankuasa tertinggi diketuai Kementerian Buruh dan Pembangunan Sosial untuk menangani kesan banjir pada musim luruh tahun ini.

Musim hujan di Sudan bermula pada bulan Jun dan berterusan hingga Oktober, di mana negara itu berdepan banjir dan hujan lebat setiap tahun. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button