Berita UtamaDunia

Russia bincang dengan Liga Arab situasi Gaza

Usahakan semula proses damai Israel-Palestin

GAZA, 18 Rabiulakhir 1445H, Khamis – Menteri Luar Russia, Sergey Lavror mengadakan perbincangan dengan anggota Liga Arab berhubung situasi semasa di Gaza – di bawah serangan rejim pengganas sejak 7 Oktober lalu, lapor Anadolu.

Lavror kekal dengan pendirian supaya melaksanak gencatan senjata, perlindungan orang awam, pemindahan penduduk Palestin dari semenajung Gaza, pembukaan koridor kemanusiaan dan pemulangan tebusan.

Beliau turut memaklumkan kepada duta-duta negara Arab itu berhubung langkah-langkah yang diambil oleh negaranya dalam Majlis Keselamatan PBB yang bertujuan untuk menamatkan pertumpahan darah.

Beliau turut menggesa untuk meningkatkan usaha di peringkat antarabangsa bagi memulakan semula proses damai Israel-Palestin berdasarkan resolusi PBB dan Inisiatif Keamanan Arab untuk mewujudkan negara Palestin.

Sementara itu, wakil kor diplomatik Arab menentang pendirian konfrontasi yang diambil oleh negara-negara Barat dan mengulangi sokongan untuk penyelesaian dua negara.

Selain itu, pihaknya menekankan keperluan untuk membentuk mekanisme pengantaraan kolektif dengan peranan utama negara-negara Timur Tengah.

Sejak 7 Oktober lalu, rejim pengganas meluaskan serangan udara dan darat di semenanjung Gaza tanpa henti.

Selain jumlah korban yang besar, bekalan asas semakin berkurangan untuk 2.3 juta penduduk di Gaza.

Sebelum ini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, telah menolak gesaan untuk gencatan senjata. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button