Pendapat

Sikap rasis yang sebenar

MCA, DAP satu kumpulan sama berjuang dari sisi berbeza

1. BARANGKALI inilah dia sifat rasis (asabiyyah) yang sebenar. Dalam Islam, asabiyyah diterjemahkan sebagai sifat mempertahankan kaum sendiri sekalipun mereka melakukan kezaliman. Definisi ini dibangunkan berdasarkan hadis Rasulullah yang menyebutkan:

يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْعَصَبِيَّةُ قَالَ أَنْ تُعِينَ قَوْمَكَ عَلَى الظُّلْم

“Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, apakah dia asabiyyah (rasis)? Rasulullah lalu bersabda: “Engkau membantu kaummu dalam melakukan kezaliman.” (HR Abu Daud)

2. Perhatikan bagaimana MCA dan DAP berlumba-lumba memperjuangkan peladang yang menceroboh tanah secara haram di Raub Pahang. Pencerobohan ini bukan melibatkan jumlah yang sedikit bahkan merangkum 4400 hektar keluaasan tanah.

3. Penceroboh ini wajar didakwa mengikut undang-undang selaras dengan peruntukan Seksyen 425, Kanun Tanah Negara 1965. Sebanyak 9 laporan polis yang telah dibuat kepada pihak PDRM Raub. Malah pencerobohan di hutan simpan ini perlu dikenakan siasatan mengikut Seksyen 47, Akta Perhutanan Negara 1984.

4. Sekalipun jelas telah melakukan pencerobohan dan melanggar undang-undang, MCA dan DAP berjuang mempertahankan hak penceroboh ini. Ini adalah satu gambaran yang jelas bahawa pada hakikatnya mereka adalah satu kumpulan yang sama yang berjuang dari sisi yang berbeza.

5. Satu kumpulan menjadi pendesak dalam kerajaan manakala satu lagi akan menyerang dari blok luar kerajaan sehingga matlamat perjuangan bangsa tercapai. Konsep yang sama diguna pakai dalam perjuangan sekolah vernacular. Tidak kira siapa pun yang menjadi kerajaan, perjuangan mereka tetap sama, memperjuangkan hak kepentingan anak bangsa sendiri.

6. Begitulah pemimpin muslim wajar merencana percaturan politik dengan baik. Keperluan asas muslim mestilah disepakati bersama sekalipun perjuangan tersebut dilaungkan oleh parti yang berbeza. Asasnya adalah bagi memberdaya pembangunan umat Islam dan bukan atas kepentingan diri sendiri.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr Ahmad Sanusi Azmi
Setiausaha Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button