Berita Utama

Papan iklan bahasa Cina sudah diturunkan: Annuar Musa

Semua papan iklan di Wilayah Persekutuan perlu utamakan bahasa kebangsaan

BANGI, 18 Muharram 1442H, Ahad – Satu papan iklan mengutamakan bahasa Cina yang terletak berhampiran pusat beli-belah, Mid Valley, Kuala Lumpur, yang dikecam baru-baru ini telah diturunkan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam satu ciapan di laman Twitternya.

Beliau menegaskan, semua papan iklan di Wilayah Persekutuan perlu mengutamakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.

“Billboard ini telah diturunkan. Semua papan iklan di Wilayah Persekutuan mesti mendaulatkan bahasa kebangsaan. Bahasa Jiwa Bangsa,” tegasnya.

Terdahulu, tular papan iklan sebuah firma penasihat kewangan dan perbankan yang dipenuhi tulisan berbahasa Cina, dan hanya sedikit penggunaan bahasa Melayu hingga mencetuskan kritikan dalam kalangan netizen di media sosial.

Difahamkan, papan iklan itu sudah lama dipasang – berikutan Facebook SBH Advisory Firm pernah memuat naik status mengenai papan iklan berkenaan pada 9 Jun 2020.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button