Berita Utama

COVID-19: Kes baharu melonjak 62

56 kes babitkan penularan tempatan, 30 daripadanya warganegara

KUALA LUMPUR, 19 Muharram 1442H, Isnin – Kes baharu COVID-19 melonjak daripada enam kes semalam kepada 62 kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 62 kes baharu itu, 56 adalah penularan tempatan membabitkan 30 warganegara dan 26 bukan warganegara, manakala kes import enam sahaja.

Menghurai lanjut mengenai 56 kes penularan tempatan, beliau berkata, 50 kes adalah kluster Benteng LD dan satu kes Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) yang dikesan di Hospital Lahad Datu, Sabah.

Selain itu empat kes penularan tempatan berlaku di Kedah membabitkan kluster Sungai (dua kes), saringan kluster Telaga (satu kes); dan saringan bergejala di sebuah klinik pergigian di Alor Setar (satu kes) serta satu lagi kes dilaporkan di Pulau Pinang membabitkan kes saringan kontak rapat kepada kes positif ke-9397.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 9,459 kes dengan kes aktif terkini adalah 207, katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 di sini, hari ini. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button