Berita UtamaDunia

Empat kapal pelarian sampai di Cyprus

4 individu ditahan disyaki dalang perdagang manusia

NICOSIA, 19 Muharram 1442H, Isnin – Empat kapal pendatang dari Lubnan dan Syria yang telah sampai di Cyprus pada Ahad menambah krisis pelarian di Timur Laut Mediterannean.

Sekurang-kurangnya 50 daripada 123 pelarian yang berada di dalam kapal berkenaan dibenarkan mendarat di zon penampan, yang memisahkan Utara Turki dan Greece – yang turut dikawal oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut Associated Press (AP), empat daripada individu yang berada di dalam kapal telah ditahan dan disiasat kerana disyaki menjadi dalang pemerdagangan manusia.

Sementara itu, 20 pelarian Syria termasuk seorang wanita dan kanak-kanak ditempatkan ke pusat pemindahan sementara di Cyprus.

Selain itu, 33 pelarian Lubnan yang tiba di perairan Cyprus pada Sabtu petang telah dihantar pulang ke negara asal menggunakan kapal yang disewa pihak berkuasa tempatan.

Langkah berkenaan bertepatan dengan perjanjian Cyprus-Lubnan bagi mencegah pelarian memasuki wilayah Eropah.

21 pelarian lagi terdampar di pantai Tenggara Cyprus kerana kegagalan mekanikal kapal yang dinaiki.

Tiga wanita dan sembilan kanak-kanak yang berada di dalam kapal rosak itu telah dipindahkan ke hospital Cyprus sebagai langkah keselamatan, lapor polis tempatan. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close