Berita UtamaDunia

25 juta murid Mesir mulakan sesi akademik baharu

38 buah sekolah baharu telah dibuka tahun ini

KAHERAH, 16 Rabiulawal 1445H, Isnin – Kira-kira 25 juta murid memulakan sesi akademik baharu di 60,000 buah sekolah di seluruh Mesir.

Kebanyakan sekolah dihiasi dekorasi cantik dan belon atas arahan Menteri Pendidikan, Reda Hagazy bagi memastikan murid-murid teruja dan bersemangat sempena hari pertama sesi persekolahan dibuka.

Reda turut mengiringi Gabenor Mesir, Khaled Abdel Aal hadir di pembukaan sekolah Menengah Perempuan Sayeda Nafisa yang baharu beroperasi di Mesir, yang menempatkan 603 pelajar perempuan.

Reda berkata, Kementerian Pendidikan komited dalam pembangunan sekolah dan mengambil semua langkah bagi memastikan pendidikan dan keperluan pelajar dikendali dengan baik.

Ia termasuk mewujudkan bank soalan yang boleh diakses pelajar bagi membantu pembelajaran harian murid.

Dalam pada itu, Abdel Aal pula berkata, Mesir kini mempunyai 5,813 sekolah yang memberikan pendidikan kepada kira-kira 25 juta murid di seluruh negara itu.

Malah, sebanyak 38 buah sekolah baharu telah dibuka tahun ini. Sesi persekolahan ini akan berterusan sehingga 8 Jun 2024. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button