Dunia

Jordan kecam Kosovo, Serbia pindah kedutaan ke Baitulmaqdis

Sifatkan sebagai pelanggaran jelas undang-undang antarabangsa

AMMAN, 20 Muharram 1442H, Selasa – Kementerian Luar dan Ekspatriat Jordan pada Isnin membantah keputusan Kosovo dan Serbia untuk memindahkan kedutaan ke Baitulmaqdis, menyifatkan ia sebagai “pelanggaran yang jelas” terhadap undang-undang antarabangsa.

Jurucakap Kementerian Daifallah Fayez berkata keputusan itu jelas mencabuli resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lapor agensi berita Jordan (Petra).

Beliau berkata resolusi itu jelas menyatakan Baitulmaqdis Timur adalah wilayah yang diduduki menyaksikan undang-undang antarabangsa diguna pakai.

Pada masa sama Fayez memuji kedudukan Kesatuan Eropah (EU) yang jelas membantah memindahkan kedutaan dan misi diplomatik ke Baitulmaqdis. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button