Berita Utama

ANGKASA ajak semua sayap pemuda muktamadkan vernakular

Sama-sama berunding bentuk satu resolusi bagi tamatkan polemik

BANGI, 20 Muharram 1442H, Selasa – Sudah tiba masanya untuk semua pihak menamatkan polemik berhubung isu sekolah vernakular di negara ini.

Sampai bila mahu terus melihat anak watan Malaysia dipisah-pisahkan sistem pendidikan mereka dengan pelbagai aliran, kata Ketua Angkatan Pemuda Pemudi BERJASA Malaysia (ANGKASA), Hazwan Mohamad.

Justeru, beliau menggesa sayap pemuda semua parti politik di Malaysia supaya segera berunding dan menamatkan polemik sekolah vernakular.

“Dari tokoh akademik, para sarjana, pakar Perlembagaan, sejarawan, profesor ulung, mantan hakim Mahkamah Rayuan dan bekas Perdana Menteri sendiri pun pernah menyatakan pendirian bahawa kita perlu bersetuju untuk memansuhkan sekolah vernakular.

“Sampai bila kita mahu terus melihat anak-anak watan Malaysia dipisah-pisahkan sistem pendidikan mereka.

“Perhimpunan pagi petang bukan dalam bahasa kebangsaan, belajar subjek tanah air bukan dalam bahasa kebangsaan, peperiksaan Bahasa Melayu pula dimudahkan sehingga jurang melebar. Sampai bila?,” soalnya dalam kenyataan, hari ini.

Atas sebab itu, beliau mengajak semua sayap pemuda parti politik terbesar untuk berunding membentuk sebuah resolusi bagi menamatkan polemik isu sekolah vernakular.

Pelawaan itu menamakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Dewan Pemuda PAS, Ir Khairil Nizam Khirudin; Ketua Pemuda Bersatu, Senator Wan Ahmad Faysal Wan Ahmad Kamal; Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong; Ketua Pemuda MIC, Sivarraajh Chandran dan Ketua DAPSY, Howard Lee.

“ANGKASA dengan ini menjemput semua wakil-wakil pemuda parti politik di Malaysia untuk bersama ke meja rundingan, kita tamatkan polemik isu sekolah vernakular.

“Jika bukan sekarang, bila lagi? Jika bukan kita, siapa lagi?,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button